Thursday, February 25, 2010

Next Game + Gambar Lagii

Next Game

AHAD 28 FEB 2010
KG JAHANG 10.00 PAGI...



Kelihatan Kapten Team Tempur Rapat J.R.P dari taiping... Bro Rashid....




* Gambar di terima dari bro MAMAT DESA (Malaya Troopers), thank you bro....

Monday, February 22, 2010

Idea for Perak Big Game

Title : Karnival Tempur Perak 2010
Place : Gua Tempurung ( motocross site )
Mission : Green Ridge - Battle of Kampar
History taken from WW2 when 1400 British + India army battle with 4000 Japan army.

Ok ke idea aku ni? ada idea lain kasi tau...hehehe..

Gambar kasi panas.....

Briefing Pertama







Waktu rehat....



Bro Rashid dari PAINTBALL TAIPING.. dengan berbesar hati menyertai kami sebagai support team J.R.P... cayalah Bro Rashid kerana sudi menyahut panggilan perang... membawa nama PAINTBALL PERAK..... baru la orang respect.... takat gebang lebih tak guna......

Askar lapor.... termasuk general kita ..... 2 pinggan tu hahaahah


Gambar ketika berjalan kaki untuk naik NURI



Para pemain yang menyertai Big Game (Northern Alliance Only)



P/S : Memang rugi le komeeee....... rugi tak ngikut.......

Sunday, February 21, 2010

MTOD 2010

Tahniah saya ucapkan kepada ahli2 JRP yang menyertai big game di Modenas pada Sabtu lalu. Pengalaman pertama kita menyertai big game dan bermain diluar kawasan negeri Perak. Sekali lagi saya berasa amat2 berterima kasih kerana menyahut cabaran ini sehingga team selatan pun menerima tekanan dari kita. Pada yang tak dapat join pada hari tu, lepas ni kita buat lagi upacara ni diPerak pulak. MTOD ini amat menarik sekali walaupun dalam cuaca panas yang hampir ke 40'c, tetapi kita semua masih sanggup harungi semua itu. Pengalaman yang menarik, gembira, lucu, letih, tak puas hati, panas dan macam2 lagi, tetapi tak disimpan didalam hati. Bermain untuk bergembira dan bertemu ramai sahabat baru dari utara dan selatan. Terima kasih kepada penganjur, AMN PP, DELTA PAINTBALL, MODENAS, PAINTBALL VALLEY, COMBAT SHOP kerana menjadikan JRP sebagai ketua perang saraf bagi MTOD ini. Walaupun ramai dikalangan ahli tidak dapat menyertai kerana masalah kewangan, namun masih ada lagi sahabat JRP yang mampu untuk menyertai. Tak lupa juga kepada sahabat2 penganjur, Luke, Roslim, Michele dan team2 dari utara yang lain berbanyak2 terima kasih saya ucapkan. Ok guys... kita telah melalui pengalaman big game yang hebat. Cool game in hot, hot scene! VIVA JRPs and WOODSBALLERS!

Wednesday, February 17, 2010

Modenas Tour of Duty 2010

Salam pada rakan JRP sekalian.Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menjengah ke Gurun untuk acara MTOD 2010.Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas rakan2 semua kerana berminat untuk menyertai acara ini diatas permintaan saya selaku ketua dalam JRP. Acara yang dianjurkan oleh Delta Paintball,Combat Shop dan Modenas ini adalah usaha pihak Modenas untuk menyediakan kawasan permainan paintball dikawasan tersebut dengan cara menganjurkan acara ini dengan usahasama Delta Paintball sebagai rakan untuk membentuk satu padang disana.Acara ini adalah perjumpaan paintballers dari selatan dan utara dan bukanlah pertandingan seperti yang dikatakan.Ini adalah untuk memupuk persahabatan antara paintballers2 dari seluruh Malaysia dengan perjumpaan besar-besaran sebegini.Seperti yang saya katakan dalam post saya yang terdahulu,acara ini bukanlah medan untuk berbalas dendam,rasa tidak puashati terutama kumpulan yang dari utara yang begitu tidak berpuas hati pada kumpulan dari selatan.Disini saya juga ingin memberitahu yang kita JRP tidak akan ada rasa sebegini juga menyebelahi mana2 kumpulan.Tujuan kita adalah untuk berseronok,berjumpa rakan baru dan menimba pengalaman baru didalam sukan Paintball ini.Harap rakan2 JRP memahami maksud saya.Cerita sebenar tak perlu dibualkan,kerana saya tahu hal sebenar mengenai pakatan utara ini. Satu lagi nak dipesan,Semasa disana kita hendaklah mengikut syarat2 permainan juga langkah2 keselamatan semasa bermain. To all JRPs...ALL THE BEST!

Wednesday, February 10, 2010

Our blog at FACEBOOK

FUN AREA