Wednesday, February 17, 2010

Modenas Tour of Duty 2010

Salam pada rakan JRP sekalian.Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menjengah ke Gurun untuk acara MTOD 2010.Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas rakan2 semua kerana berminat untuk menyertai acara ini diatas permintaan saya selaku ketua dalam JRP. Acara yang dianjurkan oleh Delta Paintball,Combat Shop dan Modenas ini adalah usaha pihak Modenas untuk menyediakan kawasan permainan paintball dikawasan tersebut dengan cara menganjurkan acara ini dengan usahasama Delta Paintball sebagai rakan untuk membentuk satu padang disana.Acara ini adalah perjumpaan paintballers dari selatan dan utara dan bukanlah pertandingan seperti yang dikatakan.Ini adalah untuk memupuk persahabatan antara paintballers2 dari seluruh Malaysia dengan perjumpaan besar-besaran sebegini.Seperti yang saya katakan dalam post saya yang terdahulu,acara ini bukanlah medan untuk berbalas dendam,rasa tidak puashati terutama kumpulan yang dari utara yang begitu tidak berpuas hati pada kumpulan dari selatan.Disini saya juga ingin memberitahu yang kita JRP tidak akan ada rasa sebegini juga menyebelahi mana2 kumpulan.Tujuan kita adalah untuk berseronok,berjumpa rakan baru dan menimba pengalaman baru didalam sukan Paintball ini.Harap rakan2 JRP memahami maksud saya.Cerita sebenar tak perlu dibualkan,kerana saya tahu hal sebenar mengenai pakatan utara ini. Satu lagi nak dipesan,Semasa disana kita hendaklah mengikut syarat2 permainan juga langkah2 keselamatan semasa bermain. To all JRPs...ALL THE BEST!

No comments:

Post a Comment

Our blog at FACEBOOK

FUN AREA