Sunday, February 21, 2010

MTOD 2010

Tahniah saya ucapkan kepada ahli2 JRP yang menyertai big game di Modenas pada Sabtu lalu. Pengalaman pertama kita menyertai big game dan bermain diluar kawasan negeri Perak. Sekali lagi saya berasa amat2 berterima kasih kerana menyahut cabaran ini sehingga team selatan pun menerima tekanan dari kita. Pada yang tak dapat join pada hari tu, lepas ni kita buat lagi upacara ni diPerak pulak. MTOD ini amat menarik sekali walaupun dalam cuaca panas yang hampir ke 40'c, tetapi kita semua masih sanggup harungi semua itu. Pengalaman yang menarik, gembira, lucu, letih, tak puas hati, panas dan macam2 lagi, tetapi tak disimpan didalam hati. Bermain untuk bergembira dan bertemu ramai sahabat baru dari utara dan selatan. Terima kasih kepada penganjur, AMN PP, DELTA PAINTBALL, MODENAS, PAINTBALL VALLEY, COMBAT SHOP kerana menjadikan JRP sebagai ketua perang saraf bagi MTOD ini. Walaupun ramai dikalangan ahli tidak dapat menyertai kerana masalah kewangan, namun masih ada lagi sahabat JRP yang mampu untuk menyertai. Tak lupa juga kepada sahabat2 penganjur, Luke, Roslim, Michele dan team2 dari utara yang lain berbanyak2 terima kasih saya ucapkan. Ok guys... kita telah melalui pengalaman big game yang hebat. Cool game in hot, hot scene! VIVA JRPs and WOODSBALLERS!

No comments:

Post a Comment

Our blog at FACEBOOK

FUN AREA